JPSM telah menyertai pameran sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan

Tarikh : 16 Mei (Sabtu) 2026

Program : Sembutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan Tahun 2026

Tempat : Perkarangan Dewan Terbuka, Pejabat Daerah Kalabakan.

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai pameran sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan Tahun 2026 dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kalabakan.

Objektif utama pameran ini adalah untuk berkongsi maklumat melalui pameran yang dapat memberi impak positif kepada para pengunjung.

Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal. Selain itu, promosi ini turut memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP).

Antara program yang diketengahkan termasuklah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP) serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.