Karnival Kerjaya Keningau 2024 anjuran bersama JPSM dengan Pejabat Daerah Keningau

KARNIVAL KERJAYA KENINGAU TAHUN 2024

2 MAC 2024 (Sabtu)

JAM 8.30 PAGI - 3.30 PETANG

DEWAN MASYARAKAT KENINGAU

Karnival Kerjaya Keningau Tahun 2024 anjuran bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Annuar Datuk Ayub, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N41 Liawan. Majlis turut dihadiri Yang Berusaha Tuan Peter Jonu Moinjil, Pegawai Daerah Keningau, Yang Berusaha Puan Dg Norsiah binti Hj. Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Puan Kamsiah Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia serta pegawai-pegawai pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan di Daerah Keningau.

Program ini telah disertai oleh 16 Jabatan / Agensi yang terlibat sebagai Pempamer dan sebanyak 10 Majikan yang menawarkan lebih daripada 400 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.