Karnival Kerjaya Lahad Datu 2023 anjuran JPSM dengan kerjasama PERKESO & PD Lahad Datu

24 JUN 2023 (Sabtu) Jam 8.30 pagi - 4.30 petang Dewan Masyarakat Tun Mustapa, Lahad Datu

KARNIVAL KERJAYA LAHAD DATU 2023

Karnival Kerjaya Lahad Datu 2023 anjuran bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Lahad Datu dan Pejabat Daerah Lahad Datu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty bin Mohd Dzul, Pegawai Daerah Lahad Datu.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Dg Norsiah Ag Duraman Pengarah JPSM, Dr. Mohd Ali bin Hindia, Pengarah PERKESO Negeri Sabah, dan Yang Dihormati ACP Dr. Rohan Shah bin Ahmad, OCPD Balai Polis Daerah Lahad Datu serta Puan Salbia binti Abas, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.

Program ini telah disertai oleh 17 Majikan yang menawarkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.

Selain itu, terdapat 10 Jabatan dan Agensi yang terlibat sebagai Pempamer pada hari ini. Penganjuran karnival ini mendapat sambutan yg meriah dengan kehadiran lebih 600 orang pengunjung.