Karnival Kerjaya Sandakan 2023 anjuran JPSM dengan kerjasama PERKESO Negeri Sabah & MPS

30 SEP 2023 (SABTU) / DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN / 8.30 PAGI - 4.30 PAGI

KARNIVAL KERJAYA SANDAKAN 2023

Karnival Kerjaya Sandakan 2023 anjuran bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.

Majlis turut dihadiri Puan Alijah binti Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Puan Dg Norsiah binti Hj Ag Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Puan Salwati binti Abdul Karim, Timbalan Pengarah PERKESO Cawangan Sabah.

Program ini telah disertai oleh 8 Jabatan / Agensi yang terlibat sebagai Pempamer dan sebanyak 17 Majikan yang menawarkan lebih daripada 1500 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.