Karnival Kerjaya sempena Karnival STEM dan TVET SMK Pitas Tahun 2026

Program : Karnival Kerjaya sempena Karnival STEM dan TVET SMK Pitas Tahun 2026.

Tarikh : 20 Mei (Rabu) 2026

Tempat : Dewan Majlis Daerah Pitas

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai pameran sempena Karnival Kerjaya bersempena Karnival STEM dan TVET SMK Pitas Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas.

Objektif utama karnival ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap landskap pekerjaan di kawasan sekitar bagi membantu murid membuat perancangan kerjaya yang lebih jelas.

Promosi ini bertujuan untuk memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) kepada para pelajar sekolah menengah serta meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal.

Antara program yang diketengahkan termasuklah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP) serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.