Karnival Kerjaya Tenom 2023 anjuran bersama JPSM dengan PERKESO Sabah dan Pejabat Daerah Tenom

19 Ogos 2023 (Sabtu) Jam 8.30 pagi - 4.30 petang, Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom

KARNIVAL KERJAYA TENOM 2023

Karnival Kerjaya Tenom 2023 anjuran bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pejabat Daerah Tenom. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mas Syazwan bin Masood, Pegawai Daerah Tenom.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Kamsiah binti Ibrahim Timbalan Pengarah JPSM, Yang Berusaha Tuan Maidin bin Mursidi, Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso Cawangan Keningau).

Program ini telah disertai oleh 11 Majikan yang menawarkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.

Selain itu, terdapat 14 Jabatan dan Agensi yang terlibat sebagai Pempamer.