Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Sabah (SABAHFEC 2023) Zon Pantai Timur

12 - 13 OGOS 2023 : PERKARANGAN MAJLIS PERBANDARAN TAWAU (MPT)

KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA SABAH (SABAHFEC 2023) ZON PANTAI TIMUR

Puan Siti Nerwana binti Arjana , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) mengetuai Jabatan Pembangunan Sumber Manusia sebagai pempamer semasa program berlangsung. JPSM membuka kaunter pendaftaran Pencari Kerja dan Majikan melalui Sabah Jobs Portal (SJP), kaunter informasi Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP) dan kaunter perkhidmatan pelanggan oleh pelatih Program JCKDR Kota Kinabalu dan Program Dandanan Rambut ILTP, JPSM Papar.

Disamping itu Temuduga terbuka pengambilan pelatih baharu bagi kemasukan Januari 2024 turut diadakan oleh pegawai penemuduga ILTP, JPSM.

Turut hadir semasa majlis perasmian Puan Kamsiah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah.