Karnival Pekerjaan Semporna 2022

28 Mei 2022 - Karnival Pekerjaan Semporna 2022 anjuran JPSM dengan kerjasama PERKESO dan Pejabat Daerah Semporna telah diadakan bertempat di Dewan Masyarakat Semporna. Perasmian karnival telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Semporna, Tuan Juraimin Haji Jadil. Lebih daripada 1000 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan dan lebih 10 majikan telah mengikuti program tersebut. Majlis ini juga diselitkan dengan penyampaian sijil bagi 6 kursus jangka pendek BTLK JPSM yang telah dilaksanakan di daerah Semporna.