Kontinjen Perbarisan ILTP JPSM sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Papar 2023

12 SEPTEMBER 2023 (SELASA) : DATARAN TAMU MAJLIS DAERAH PAPAR

KONTINJEN PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH PAPAR 2023 INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP) JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM).

Kontinjen Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM diketuai oleh Encik Hafiz M. Lopo dan Encik Leon Celta Paulus, dibarisi dengan 38 orang pelatih yang terdiri daripada gabungan pelatih Bahagian Teknikal telah menyertai perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Papar di Dataran Tamu Majlis Daerah Papar.

Dirasmikan oleh:

Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd Ali

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)