KUNJUNGAN HORMAT ROMBONGAN PEJABAT DAERAH KALABAKAN DAN ROMBONGAN KE JPSM

KUNJUNGAN HORMAT ROMBONGAN PEJABAT DAERAH KALABAKAN DAN ROMBONGAN KE JPSM.

01 Julai 2022 - Kunjungan hormat rombongan pejabat daerah Kalabakan ke Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Kota Kinabalu yang disambut mesra oleh Puan Tianinun Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan pegawai-pegawai kanan JPSM

Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi meneroka kerjasama antara JPSM dan Pejabat Daerah Kalabakan dalam membangunkan modal insan penduduk daerah Kalabakan.

Rombongan Pejabat Daerah Kalabakan diketuai oleh Encik Muhammad bin Hj Mohd Ali Pegawai Daerah Kalabakan bersama dengan Encik Saridun bin Mohd Jinin Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), dan kakitangan pejabat.