Kursus Asas Keusahawanan (15 – 16 Mac 2023) di kendalikan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Selamat sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) secara fizikal yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Oleh itu, usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau yang memerlukan refresher course adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut yang akan diadakan pada 15 - 16 Mac 2023 bertempat di Kota Kinabalu.

Peserta akan menerima e-sijil, buku kerja, buku nota, buku rujukan PadU dan T-Shirt daripada INSKEN. Selain itu, makan minum serta penginapan juga turut disediakan sepanjang kursus.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR atau klik pada pautan berikut:

https://forms.gle/TC9prWZbXyrn9fAV6

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mac 2023 (hari jumaat).

*TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA*