Kursus Asas Keusahawanan JPSM dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di Tawau

Selamat sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) secara fizikal yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Oleh itu, para usahawan dan bakal usahawan di Tawau yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau yang memerlukan refresher course adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut yang akan diadakan pada 26 - 27 Jun 2023.

Peserta akan menerima e-sijil, buku kerja, buku nota, buku rujukan PadU dan T-Shirt daripada INSKEN. Selain itu, makan minum serta penginapan peserta juga turut disediakan sepanjang kursus.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR atau klik pada pautan berikut:

https://forms.gle/4UoTjjqtmjfBPSL88

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Jun 2023 (hari rabu).

KURSUS ADALAH PERCUMA DAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA