Kursus Asas Keusahawanan (KAK) di Beaufort dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Selamat sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) secara fizikal yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Oleh itu, usahawan dan bakal usahawan di sekitar Beaufort yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau yang memerlukan refresher course adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut yang akan diadakan pada 17 - 18 Mei 2023.

Peserta akan menerima e-sijil, buku kerja, buku nota, buku rujukan PadU dan T-Shirt daripada INSKEN. Selain itu, makan minum serta penginapan juga turut disediakan sepanjang kursus.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR atau klik pada pautan berikut:

https://forms.gle/vgibwoEZRz8GDwP8A

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Mei 2023 (hari isnin).

KURSUS ADALAH PERCUMA DAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA