Kursus Asas Keusahawanan (KAK) JPSM dengan kerjasama INSKEN di Kota Marudu (9-10 Ogos 2023)

Selamat sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) yang akan dikendalikan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Usahawan dan bakal usahawan di Kota Marudu yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau yang memerlukan refresher course adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut yang akan diadakan pada 09 - 10 Ogos 2023 (2 hari).

Peserta akan menerima e-sijil, buku kerja, buku nota, buku rujukan PadU dan T-Shirt daripada INSKEN. Selain itu, makan minum serta penginapan peserta juga turut disediakan sepanjang kursus.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR atau klik pada pautan berikut:

https://forms.gle/tDk6sTCcfowRFjtU7

Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 Ogos 2023 (hari selasa).

KURSUS ADALAH PERCUMA DAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA.