Kursus Asas Keusahawanan kerjasama dengan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di Kota Kinabau

Selamat sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) yang akan dikendalikan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Usahawan dan bakal usahawan di Kota Kinabalu yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau yang memerlukan refresher course adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut yang akan diadakan pada 12 -13 September 2023 (2 hari).

Peserta akan menerima e-sijil, buku kerja, buku nota, buku rujukan PadU dan T-Shirt daripada INSKEN. Selain itu, makan minum serta penginapan peserta juga turut disediakan sepanjang kursus.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR atau klik pada pautan berikut:

https://forms.gle/k4vQy1rzTMqhbRHE9

Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 September 2023 (hari jumaat).

KURSUS ADALAH PERCUMA DAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian berikut

Tel: 088-218722 sambungan 122 ( Encik Shairul)