KURSUS TAJAAN LATIHAN KEMAHIRAN JANGKA PENDEK SIRI 3/2020 TAHUN 2020 (ATAS TALIAN)

**Seiring dengan keperluan norma baharu dan pembudayaan era digital; JPSM kini mengubah Landskap Latihan Kemahiran dengan merancang dan akan mula melaksanakan beberapa kursus tajaan latihan kemahiran Atas Talian (Online) bermula 12 Disember hingga 23 Disember 2020. Anggaran peserta adalah 760 orang @ 38 tajuk kursus. Antara kursus tersebut ialah E-Perniagaan, Adobe Illustrator, Jurulatihan Kesihatan, Asas Adobe Photoshop, Pengendalian Makanan Halal, Penyuntingan Video (Adobe Premier Pro), Reka Grafik Prezi dan lain-lain. **

JPSM berharap inisiatif yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang disasarkan iaitu kumpulan B40 dan mereka yang hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja akibat Covid-19. Peningkatan kemahiran dan dapatan ilmu dari kursus ini diyakini dapat membuka ruang dan peluang peserta untuk menjana tambahan pendapatan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi masing-masing.