Lawatan Kerja ke Pusat Latihan Gamuda AI Academy di Wisma MAA, Kota Kinabalu

14 Mei 2026 - LAWATAN KERJA KE GAMUDA AI ACADEMY, KOTA KINABALU,

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pusat Latihan Gamuda AI Academy yang bertempat di Wisma MAA, Kota Kinabalu, hari ini.

Lawatan kerja ini merupakan inisiatif strategik jabatan bagi meneroka peluang kolaborasi dan menjalinkan kerjasama erat, khususnya dalam memperkasakan bidang latihan digital serta teknologi kecerdasan buatan (AI).

Inisiatif ini dirangka khusus dengan sasaran utama untuk mempertingkatkan kemahiran digital (upskilling) dalam kalangan belia di Negeri Sabah. JPSM komited untuk memastikan golongan belia mempunyai akses kepada latihan teknologi tinggi bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja masa hadapan yang kian dipacu oleh inovasi AI.

Delegasi lawatan tersebut telah diketuai oleh Tuan Syed Shahridzan Bin Sh Sihan, Ketua Seksyen Digital dan Inovasi JPSM.