Lawatan Pelaksanaan Kursus Di Daerah Kota Belud

24 Jun 2022 - Pengarah JPSM telah membuat lawatan pelaksanaan kursus di daerah Kota Belud. Turut hadir sama dalam sesi lawatan tersebut adalah Puan Salbia Abas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran. Kursus-kursus ini melibatkan seramai 140 peserta terdiri daripada masyarakat setempat bagi kawasan DUN Pintasan (N08), DUN Tempasuk (N09) dan DUN Kadamaian (N11). Antara kursus yang dilaksanakan adalah Kursus Kek, Bun dan Pastri, Kursus Membaikpulih Telefon Bimbit, Kursus Membuat Pelbagai Jenis Sos dan Pes, Kursus Pembangunan Laman Web E-Jualan, Kursus Pemprosesan Pelbagai Hasilan Berasaskan Soya, Kursus Refleksologi dan Kursus Jahitan Labuci dan Sulaman Manik.