Lawatan pemantauan kursus Pemandu Penyelam (Divemaster)

12 September 2022 - Lawatan pemantauan kursus Pemandu Penyelam (Divemaster) telah dilaksanakan bertempat di Dreamer’s Island, Kota Kinabalu.

Lawatan tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Puan Tianinun Binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bersama para pegawai JPSM.

Kursus tersebut telah dilaksanakan pada 1 Ogos 2022 hingga 13 September 2022 selama 44 hari.