LAWATAN PEMERIKSAAN RUMAH PERLINDUNGAN HAIWAN, ILTP, JPSM OLEH PEGAWAI SOCIETY FOR THE PREVENTION OF CRUELTY TO ANIMALS KOTA KINABALU (SPCAKK)

8 NOVEMBER 2022 (SELASA): LAWATAN PEMERIKSAAN RUMAH PERLINDUNGAN HAIWAN, INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) OLEH PEGAWAI SOCIETY FOR THE PREVENTION OF CRUELTY TO ANIMALS KOTA KINABALU (SPCAKK)

Timbalan Presiden SPCAKK, Puan Faridah Malai, SPCAKK Inspectorate, Puan Jenny Chung Siau Thin, dan Vivian Ho, SPCAKK telah membuat lawatan pemeriksaan ke rumah perlindungan haiwan di ILTP, JPSM bagi memastikan rumah perlindungan haiwan telah dibina mengikut spesifikasi yang diperlukan. ILTP, JPSM merupakan institut latihan kemahiran yang pertama menyediakan rumah perlindungan haiwan bagi tujuan menangani masalah haiwan terbiar yang berkeliaran di kawasan ILTP. Selain dapat membantu mengurangkan populasi haiwan terbiar, ianya juga dapat memupuk sikap sayangkan haiwan di kalangan warga ILTP. Hadir bersama ialah Encik Saiful Zahrin Jasri, Pengurus Kampus ILTP, JPSM Papar, Encik Mohd. Haniff Mohd. Arshad, Jurutera JPSM, Puan Yunizah binti Yusri dan Encik Norziman bin Dusiman.