Lawatan Pengarah ke Pelaksanaan Kursus-kursus di daerah Semporna

27 Mei 2022 - Pengarah JPSM telah membuat lawatan pelaksanaan kursus di daerah Semporna. Turut hadir sama dalam sesi ini adalah Puan Haryati Mustapha, Penolong Pengarah (Keusahawanan) di Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran. Kursus-kursus ini melibatkan seramai 120 peserta terdiri daripada masyarakat setempat bagi Kawasan DUN Sulabayan (N.64), Senallang (N.65) dan Bugaya (N.66). Antara kursus yang dilaksanakan adalah Kursus Kek, Bun dan Pastri, kursus Pemprosesan Pelbagai Hasilan Berasaskan Susu Soya, kursus Memproses dan Masakan Mee, Kursus Menggunting Rambut Lelaki dan Wanita, Kursus Jahitan Labuci dan Sulaman Manik dan Kursus Beraneka jenis Dimsum dan Dumpling.