Lawatan Verifikasi Program HELP ke Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum, Lahad Datu

8-9 Januari 2024 (Isnin-Selasa)

Lawatan Verifikasi Hospitality Engagement Learning Programme (HELP) ke Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum, Lahad Datu

Lawatan Verifikasi ini telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Kerjaya, Puan Siti Nerwana binti Arjana, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran, Puan Salbia binti Abas, Puan Regina Marry Sikain selaku Penyelaras Program HELP, Puan Velarie George dan Puan Nurkhairah binti Abd Kadir.

Rombongan JPSM telah disambut baik oleh wakil dari Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum antaranya Encik Sail Jamaludin selaku Pengarah Operasi dan Encik Bernard Majawai selaku Pengurus Sumber Manusia yang juga mengiringi rombongan JPSM sepanjang lawatan verifikasi dijalankan.