MAJLIS ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM 2020

Dengan tajuk Projek Inovasi Pejabat Ceria dan Kaunter Terbaik iSAS 2020 : Kaunter Maya 24/7, JPSM telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah 2020 (iSAS 2020) bagi kategori Keceriaan Pejabat dan Kaunter Terbaik (Negeri).

Projek ini diangkat selaras dengan dengan hala tuju kerajaan negeri Sabah pada masa kini yang menjurus ke arah pendigitalan proses kerja dan penekanan pembudayaan ICT dan teknologi dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.