Majlis Apresiasi dan Perpisahan Pelatih ILTP 2021

27 November 2021 - Majlis Apresiasi dan Perpisahan Pelatih ILTP 2021 telah diadakan di Dewan Serbaguna ILTP JPSM Papar. Majlis telah dihadiri oleh Pengarah JPSM, Puan Tianinun binti Iping, Timbalan Pengarah, Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian ILTP, Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Bahagian Khidmat Kerjaya, Puan Salbia binti Abas dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Mas Syazani bin Masood, pegawai/kakitangan dan jurulatih.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pelatih-pelatih yang akan tamat menjalani latihan di ILTP JPSM pada bulan Disember 2021. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh mantan kakitangan ILTP JPSM iaitu Encik Dennis Nicholas Young dan Encik Asnan bin Ismail yang turut sama memberikan sokongan dan memeriahkan majlis.

- Buletin ILTP-