Majlis Konvokesyen dan Tamat Latihan Program HELP bagi Siri ke-39 Shang-ri La Rasa Ria Resort

15 JAN 2024 (Isnin) - Shang-ri La Rasa Ria Resort Tuaran

Majlis Konvokesyen dan Tamat Latihan Hospitality Engagement Learning Program (HELP) bagi Siri ke-39 Shang-ri La Rasa Ria Resort Tuaran

Seramai 34 orang pelatih Program HELP telah berjaya menamatkan latihan selama 6 bulan bermula Julai 2023 -Januari 2024.

Majlis telah disempurnakan oleh General Manager Shang-ri La Rasa Ria Resort Tuaran, Madam Fiona Hagan dan Yang Berusaha Puan Kamsiah bt Ibrahim, Timbalan Pengarah JPSM. Majlis turut dihadiri oleh Puan Siti Nerwana Arjana, KPP Bahagian Khidmat Kerjaya, Puan Salbia Abas, KPP Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran dan Puan Regina Marry Sikain, selaku Pegawai Penyelaras Program HELP.

Shang-ri La Rasa Ria Resort Tuaran kini meneruskan kerjasama strategik dengan pengambilan pelatih Program HELP bagi Siri ke-40 yang telah pun memulakan latihan hari ini.