Majlis Konvokesyen Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Siri 1/2023

20 JUN 2023 (SELASA) - PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA SABAH (SICC), KOTA KINABALU

Majlis Konvokesyen Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Siri 1/2023

Seramai 142 orang graduan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM berjaya menamatkan pengajian dan menerima sijil pada Majlis Konvokesyen Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Siri 1/2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah merasmikan majlis terebut dan menyampaikan sijil-sijil kepada pada graduan.

Turut hadir Yang Berbahagia Pengarah JPSM, Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman dan

Ketua Penolong Setiausaha Kanan KSTI, Puan Musleha Khairunisa binti Muluk.

Graduan terdiri daripada :_

  1. Program Setiausaha Korporat Eksekutif Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3,

  2. Program Pentadbiran Pejabat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3,

  3. Program Perkhidmatan Terapi Estetik Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3,

  4. Program Peralatan Penyamanan Udara HVAC - Satu Fasa - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2,

  5. Program Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2,

  6. Program Kenderaan Perdagangan -Servis Pembaikan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2,

  7. Program Teknologi Kimpalan (6G) Sesi 1/2023 Sijil Kemahiran JPSM & INSTEP Petronas dan

  8. Program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut Sesi 1/2023 Sijil Kemahiran JPSM.