Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Peserta Kursus DUN N.68 Apas dan N.69 Sri Tanjung

19 Jun - 23 Jun 2023 - Dewan Mulia Hati,Tawau

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Rekabentuk Grafik (Adobe Illustrator) N.69 Sri Tanjung dan Kursus Sistem Fertigasi Cili Dun N.68 Apas, Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Hafiz bin Rustam Selaku Penyelia Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.68 Apas.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 19 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023 yang dikendalikan oleh Khazanah Training Consultancy dan Famous.