Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus bagi DUN N.50 Gum-Gum dan DUN N.51 Sungai Manila

03 - 07 Julai 2023 : Pusat Komuniti Desa Gum-gum

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Menggunting Rambut Lelaki dan Wanita N.50 Gum-gum dan Kursus Pemprosesan dan Masakan Mee N.51 Sungai Manila, Kursus tajaan penuh JPSM telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Kamal M. Said Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.50 Gum-gum.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 03 Julai hingga 07 julai 2023 dikendalikan oleh Institut Kecantikan Nuvis Sabah dan Asian Tourism International (ATI) College Sdn Bhd.