Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Membaikpulih Telefon Bimbit bagi DUN N.36 Kundasang

22 September 2023 - Dewan Mini Kg. Kinandusan, Kundasang

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Membaikpulih Telefon Bimbit disempurnakan oleh YgBhg. Tuan Japili bin Madi Penyelia Kemajuan Masyarakat DUN N.36 Kundasang.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula 18 hingga 22 September 2023 dikendalikan oleh Syarikat Fatijaya. Sesi pemantauan kursus telah dilaksanakan pada 21 September 2023.