Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil peserta Kursus DUN N.64 Sulabayan dan DUN N.66 Bugaya

19 Jun - 23 Jun 2023 - Dewan Markas Polis Marin, Semporna

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri DUN N.64 Sulabayan dan Kursus Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan DUN N.66 Bugaya tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Abdul Hussin Bin Hj Kiamsin Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN N.66 Bugaya.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) dan juga (3) hari bermula pada 19 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023 dan juga 21 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023 dikendalikan oleh Suria Bakery dan Perfect Mastermind Solution.