Majlis penutupan dan penyampaian sijil peserta Kursus Khas sempena Karnival Kerjaya Perdana Tawau 2022

7 Ogos 2022 - Majlis penutupan dan penyampaian sijil peserta Kursus Khas sempena Karnival Kerjaya Perdana Tawau 2022 telah diadakan di Dewan Masyarakat Tawau. Kursus-kursus ini melibatkan seramai 60 peserta terdiri daripada masyarakat setempat bagi kawasan DUN Balung (N.67), Apas (N.68) dan Tanjung Batu (N.71). Antara kursus yang dilaksanakan adalah Kursus membuat Kek, Bun dan Pastri, Kursus Menggunting Rambut Lelaki dan Wanita dan Kursus Jahitan Sarung Kerusi, Cadar dan Sarung Bantal. Sesi pemantauan kursus telahpun dilaksanakan pada 6 Ogos 2022.