Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil peserta Kursus Real Estate Negotiator (REN) DUN N.18 Inanam

21 Julai - 25 Julai 2023 - Homefield Training Centre, Suria Inanam.

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 15 peserta Kursus Real Estate Negotiator (REN) Dun N.18 Inanam kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hassan A Gani PG Amir Adun N.73 Sebatik.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 21 Julai 2023 hingga 25 Julai 2023 yang dikendalikan oleh Sharif Perchaya Enterprise.