Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil peserta Kursus Tanaman Fertigasi di DUN N.48 Sugut

26 April 2024- Dewan Datuk James Ratib, Pekan Botition, Sugut.

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Tanaman Fertigasi di DUN N.48 Sugut.

Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Tuan

Wahip Kandawang , Pemaju Mukim Botition. Kursus Tanaman Fertigasi ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 22 April 2024 hingga 26 April 2024 yang dikendalikan oleh Urbantani Agri Services melibatkan 20 orang peserta yang terdiri dari 8 orang lelaki dan 12 orang perempuan.

Sesi Pemantauan Kursus telah dilaksanakan pada 25 April 2024.