Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kursus Adhoc Tahun 2021 Kota Marudu dan Karambunai

Majlis Penutupan Kursus Adhoc Tahun 2021 tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bagi daerah Kudat dan Kota Marudu telah diadakan pada 19 November 2021(Jumaat) manakala penutupan diadakan bagi DUN Karambunai pada 20 November 2021 (Sabtu).

Berikut adalah Perasmi dalam majlis penutupan kursus tersebut.

Tarikh : 19.11.2021

Daerah/DUN : Kudat

Tempat : Pejabat Belia dan Sukan, Kudat

Perasmi : Puan Haryati Mustapha

Tarikh : 19.11.2021

Daerah/DUN : Kota Marudu

Tempat : Kg. Ongkilan, Kota Marudu

Perasmi : Encik Kamarul Anuar Ahamad, PPM N.6, Bandau

Tarikh : 20.11.2021

Daerah/DUN : Karambunai

Tempat : Akademi Intan Bandaraya, Kota Kinabalu

Perasmi : Encik Romeo Ansow, Setiausaha Perhubungan Awam, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Sebanyak empat (4) Kursus yang terlibat dalam majlis penutupan tersebut iaitu:

1. Kursus Asas Jahitan dan Pakaian Tradisional dikendalikan oleh Perusahaan Ema.

2. Kursus Menggunting Rambut Lelaki dikendalikan oleh Asabi Enterprise.

3. Kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri dikendalikan oleh Sasah’z Enterprise.

4. Kursus Keusahawanan Digital dikendalikan oleh Fajar Resources Management.

Kursus-kursus tersebut telahpun dilaksanakan pada 15 hingga 19 November 2021 dan 16 hingga 20 November 2021 selama lima (5) hari yang disertai seramai 80 orang peserta