Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kursus Adhoc Tahun 2021

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kursus Adhoc Tahun 2021 tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bagi DUN Pitas telah diadakan pada 19 November 2021 (Jumaat) bertempat di Dewan Terbuka Dataran, Daerah Pitas.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Ruddy Awah (JP), Pembantu Menteri Sains ,Teknologi dan Inovasi Merangkap wakil Rakyat N.3 Pitas.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Puan Dg. Norsiah Hj. Ag Duraman, Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Sebanyak tujuh (7) Kursus yang telah dijalankan antaranya:

1. Fertigasi Tanaman Cili

2. Pemprosesan dan Masakan Mee

3. Kursus Penghasilan Produk Ikan

4. Kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri

5. Kursus Menggunting Rambut Lelaki

6. Kursus Surprise Gift

7. Kursus Jahitan Labuci dan Sulaman Manik

Kursus-kursus tersebut telahpun dilaksanakan pada 15 hingga 19 November 2021 selama lima (5) hari dan disertai seramai 140 orang peserta.