Majlis Penutupan dan Penyampaian sijil Tamat Latihan Kursus Tahun 2022

Majlis Penutupan dan Penyampaian sijil Tamat Latihan Kursus Tahun 2022 tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bagi DUN Sebatik, Tawau telah diadakan pada 28 Mac 2021 (Isnin) bertempat di Dewan Sri Tamang, Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Hady Sham Hj Nureddin. Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat bagi Kawasan N73 Sebatik.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Juliet Jinik Pegawai Penyelaras Kursus Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Sebanyak dua (2) Kursus yang terlibat dalam majlis penutupan tersebut iaitu:

1. Menggunting Rambut Wanita Dan Lelaki

2. Kursus Urut Terapi

Kursus-kursus tersebut telahpun dilaksanakan pada 24 hingga 28 Mac 2022 selama lima (5) hari dan disertai seramai 40 orang peserta.