KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI TVET SABAH 2026
22 Mei 2026 (Jumaat) - Hari kelima merangkap hari terakhir Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah 2026 berlangsung dengan penuh meriah menerusi perlawanan akhir bola sepak yang menjadi penutup tirai kejohanan.
Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hassan Bin Mahali, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kolej Vokasional Sabah atas kejayaan muncul sebagai johan keseluruhan kejohanan. Syabas dan tahniah juga kepada semua pemenang serta para peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform dalam mencungkil bakat institusi TVET di Sabah.