Majlis Penutupan Kursus Adhoc Tahun 2021

Majlis Penutupan Kursus Adhoc Tahun 2021 tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bagi DUN Likas, Inanam dan Tanjung Keramat telah diadakan pada 19 November 2021 (Jumaat) bertempat di The Palace Hotel, Kota Kinabalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mohd Suffian@Eddie Bin Hj Matin, selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.24 Tanjung Keramat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Syed Shahridzan Sh. Sihan, Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran, JPSM.

Sebanyak lima (5) Kursus yang terlibat dalam majlis penutupan tersebut iaitu:

1. Memproses Pelbagai Hasilan Berasaskan Soya dikendalikan oleh Juta Niaga.

2. Kursus Membaikpulih Telefon Pintar, dikendalikan oleh Think Big.

3. Kursus Membuat Pelbagai Jenis Kerepek dikendalikan oleh Samzai Enterprise.

4. Kursus Membuat Gubahan Bunga dan Coklat dikendalikan oleh Kak Tai Produk Enterprise; dan

5. Kursus Memproses dan Masakan Mee dikendalikan oleh Kinabalu Jaya Enterprise.

Kursus-kursus tersebut telahpun dilaksanakan pada 15 hingga 19 November 2021 selama lima (5) hari dan disertai seramai 100 orang peserta