Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil pelajar Sekolah Henry Gurney, Keningau

31 Julai 2023 - 4 Ogos 2023 - Sekolah Henry Gurney Keningau

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Fertigasi Cili dan Kursus Asas Penyelenggaraan Penghawa Dingin. Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan PKK Abdul Rauf Bin Lang Pasih Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 31 Julai 2023 hingga 4 Ogos 2023 dikendalikan oleh Genitrate Solution dan Giatmara Penampang.