Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) zon Sandakan

15 Februari 2022 (Selasa) -

Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) zon Sandakan telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Tianinun binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Program ini telah berjaya melatih seramai 20 orang bagi Kursus E- Commerce (Retailing/Gig Economy). Turut hadir sama Puan Salbiah binti Haron, Pemaju Mukim N56, Tanjung Papat, Sandakan.