Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kursus Asas Jurukecantikan & Dandanan Rambut ILTP JPSM Kampus Kota Kinabalu

Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kursus Asas Jurukecantikan & Dandanan Rambut Sesi 2/2021, Institut Latihan Teknik dan Perdagangan Kampus Kota Kinabalu, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah.

Majlis telah dihadiri oleh Pengarah JPSM, Yang Berusaha Puan Tianinun binti Iping, Timbalan Pengarah JPSM, Puan Dg. Norsiah Binti Hj. Ag. Duraman, Puan Justina Lojuti, Pegawai Latihan Kanan selaku Pengurus Pusat Bertauliah ILTP, Ketua-ketua Bahagian, pegawai/staf JPSM dan juga jurulatih/tenaga pengajar ILTP. Puan Pengarah turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pelatih di atas komitmen yang diberikan sepanjang tempoh kursus walaupun kursus tersebut hanya dapat dijalankan secara dalam talian disebabkan oleh pandemik Covid-19, namun para pelatih tetap terus memberikan sokongan dan bekerjasama dengan semua jurulatih/tenaga pengajar yang terlibat.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pelatih yang berjaya menamatkan Kursus Asas Jurukecantikan dan Dandanan Rambut Sesi 2/2021. Anugerah Pelatih Terbaik Jurukecantikan diberikan kepada pelatih Joana Ikon manakala Anugerah Pelatih Terbaik Dandanan Rambut diberikan kepada pelatih Araine Alisius. Tiga anugerah lagi, iaitu Anugerah Pelatih Kreatif, diberikan kepada pelatih Felix Chua, Anugerah Pelatih Komited dan Responsibility diberikan kepada pelatih Noor Azlina binti Nazir dan Anugerah Pelatih Berbakat diberikan kepada pelatih Debbie Martin. Kursus ini juga telah diadakan secara dalam talian bermula pada 06 September hingga 29 Oktober 2021.