MAJLIS PENUTUPAN KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN Kursus Memproses dan Masakan Mee, Kursus Memproses Pelbagai Hasilan Berasaskan Soya dan Kursus Urutan Tradisional

Majlis Penutupan bagi tiga (3) iaitu Kursus Memproses dan Masakan Mee, Kursus Memproses Pelbagai Hasilan Berasaskan Soya dan Kursus Urutan Tradisional yang telah dilaksanakan pada 10 Disember 2021 bertempat di Courtyard Hotel, 1 Borneo.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Sabah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Senator Noraini Idris, Setiausaha Politik kepada Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Sabah, YBhg. Puan Tianinun binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Ybhg. Datuk Dr. Hajah Jainab Binti Ahmad Ayid selaku Pengerusi Koperasi Usahaniaga Sdn. Bhd.

Kursus-kursus tersebut telah dijalankan pada 6 Disember 2021 hingga 10 Disember 2021 selama lima (5) hari dan telah disertai seramai 60 orang peserta daripada DUN Karambunai.