Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal dan Kumpulan Dinamik Pelatih Baharu ILTP, JPSM Sesi 1/2023

Seramai 274 orang pelatih ILTP, JPSM hadir dalam Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal dan Kumpulan Dinamik Pelatih Baharu ILTP, JPSM Sesi 1/2023 di mana seramai 45 orang pelatih baharu telah mendaftar di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, JPSM Papar dan Kota Kinabalu bagi sesi 1/2023 pada 9 Januari 2023 yang lalu.

Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal dan Kumpulan Dinamik Pelatih Baharu ILTP, JPSM Sesi 1/2023 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Tianinun binti Iping, Pegarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Majlis diserikan dengan persembahan koir dan tarian oleh pelatih baharu Program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut Kampus Kota Kinabalu dan Program Teknologi Kimpalan 6G.