Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal dan Kumpulan Dinamik Pelatih baharu ILTP JPSM Sesi 2/2023

10 JULAI 2023 (ISNIN): Dewan Serbaguna Kampus ILTP, JPSM Papar

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU SUAI KENAL DAN KUMPULAN DINAMIK PELATIH BAHARU INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) SESI 2/2023

Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal dan Kumpulan Dinamik Pelatih Baharu ILTP, JPSM Sesi 2/2023 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM.

Majlis diserikan dengan persembahan tarian oleh pelatih baharu Program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut Kampus Kota Kinabalu dan persembahan gabungan beberapa Program ILTP, Kampus Papar.