Majlis Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Membaikpulih dan Menyelenggara Peti Sejuk

10 November 2023 - Perpustakaan Cawangan Daerah Penampang

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Membaikpulih dan Menyelenggara Peti Sejuk tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Joe Suleiman, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.26 Moyog.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 6 November 2023 hingga 10 November 2023 dikendalikan oleh E.Quality Enterprise.