Majlis Penyampaian Sijil bagi 60 peserta Kursus oleh YB Dato’ Seri Dr. Ruddy Awah ADUN N.03 Pitas

21 - 25 Ogos 2023 - Eve Cafe, Dataran Pitas.

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 60 peserta Kursus Jahitan Sarung Kerusi, Alas Meja dan Sarung Bantal, Kursus Menggunting Rambut Lelaki dan Wanita serta Urut Terapi Wanita tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ruddy Awah ADUN N.03 Pitas.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 21 Ogos 2023 (Isnin) hingga 25 Ogos 2023 (Jumaat) yang dikendalikan oleh RNR Resources, RNR Bersatu dan Sanha Enterprise.