Majlis Penyampaian Sijil bagi 80 peserta Kursus DUN N. 71 Tanjung Batu di De Choice Hotel, Tawau

22 September 2023 -De Choice Hotel, Tawau

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 80 peserta Kursus Membaikpulih Telefon Bimbit, Kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri dan Kursus Perkhidmatan Servis Mesin Basuh tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Tuan Saharudin Salleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.71 Tanjung Batu.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula 18 September hingga 22 September dikendalikan oleh Saujana Akademik Sdn Bhd, Sharif Perchaya Enterprise dan Suria Bakery dan Tagetti Enterprise.