22 Mei 2026 | The Pavilion Hotel
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Operasi Peruncitan telah berlangsung dengan jayanya, meraikan seramai 20 orang peserta yang berjaya menamatkan latihan intensif sepanjang lima (5) hari bermula 18 Mei hingga 22 Mei 2026.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Apple Chin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.55 Elopura, yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta atas komitmen dan dedikasi mereka sepanjang program berlangsung.
Kursus ini dikendalikan oleh Vixtech Sdn Bhd dengan tajaan daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, sebagai usaha memperkasa kemahiran dan meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang operasi peruncitan selaras dengan keperluan industri semasa.