Majlis Penyampaian Sijil bagi peserta Kursus Pemprosesan Mee dan Masakan Mee DUN N.2 Pitas

21 Ogos - 25 Ogos 2023 - Dewan Pejabat JHEAINS Pitas

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Pemprosesan Mee dan Masakan Mee Dun N.2 Pitas, kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Berusli bin Kimin Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun N.2 Pitas.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 21 Ogos 2023 hingga 25 Ogos 2023 yang dikendalikan oleh Daun Kari Enterprise.