Majlis Penyampaian Sijil kepada 60 peserta Kurus bagi DUN N.64, N.65 dan N.66 di PNS, Semporna

23 Februari 2024- Dewan Serbaguna Perpustakaan Negeri Cawangan Semporna

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada 60 peserta bagi tiga (3) kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Abdul Hussin Bin Haji Kiamsin ​Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.66 Bugaya.

Tiga (3) kursus ini telah dilaksanakan selama lima (5) hari bermula pada 19 Februari 2024 hingga 23 Februari 2024 dikendalikan oleh SMJ Strategic untuk Kursus Penyelenggaraan Penghawa Dingin di Dun N.64 Sulabayan, Kursus Membuat Beraneka Jenis Dim Sum dan Dumpling di Dun N.65 Senallang dikendalikan oleh Arena Binang dan Kursus Asas Pelancongan dan Homestay di Dun N.66 Bugaya dikendalikan oleh Asian Tourism International (ATI) Sdn Bhd.

Sesi pemantauan kursus telah dilaksanakan pada 22 Februari 2024.